love???

love???
sweet tak??? hehehe >_<

Tuesday 24 December 2013

bab 4

I'm Fall In Love with You?  IMPOSSIBLE!

BAB 4
    Rykarl tampil berani mengemukakan setiap pandangan. Rykarl seorang yang berdedikasi, tegas, pintar, dan bonus buatnya iaitu meiliki wajah yang sangat kacak dan badan yang tegap. Tanpa sedikit gentar kelihatan dalam diri Rykarl ketika dia membantah pandangan yang dianggap tidak memuaskan dan mengeluarkan hujah-hujahnya.
    Aku memerhati denagn penuh fokus, tak pandang kiri dan kanan dah, fokusnya hanya terhadap Mr. Langal di hadapan. Tetapi, aku terimbau balik tentang semalam yang merupakan first day aku bekerja di A.I Holdings. Titik permulaan dan pertemuan antara aku dan Mr. Langal.
   
    Tanpa sebarang ketukan di pintu, aku menolak pintu dan tiba-tiba...
     “Aduh! Sakitnya!” seseorang mengaduh kesakitan. Mataku memandang tepat ke arah seorang lelaki yang sedang memegang dahinya, maybe terlanggar pintu ketika aku membukanya.
    Don’t you knock the door first before you open it!” tengking lelaki itu. Pemuda itu tunduk untuk mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai.
    I’m so sorry sir. I forgot about that” ujarku takut-takut. Kepala ditundukkan sedikit tanda memohon maaf. Alahai malangnya nasib. Pagi-pagi dah cari pasal. Tapikan lelaki di hadapannya sekarang sungguh kacak, seperti kacukan Inggeris-Melayu.
    Who are you? And what you doing here?” nada kurang senang kedengaran lelaki itu bertanya. Of course lah tuju dekat aku.
    Sorry again sir. May you help me? Saya ingin berjumpa dengan CEO syarikat ni, Megat Edrykarl Afeef. Saya PA barunya. Kebetulan masa interview hari tu saya tak bertemu dengannya sebab ada sedikit problem so orang lain yang ambik alih tugasnya.” Package aku bagi. Minta maaf sekaligus memperkenalkan diri sendiri.
    “Oh, so kaulah PA baru tu. Buatkan aku hot coffee milk dan ais untuk tuam aku yang sekit ni gara-gara kau. Dah cepat, I give you 10 minutes from now!” mimik wajah lelaki itu berubah serius, nak terkam aku pun ada.
    “Hah? Saya? Banyak lagi kerja lain yang perlu saya lakukan, dah lah saya tak jumpa lagi dengan boss. Nanti saya suruh tea lady buatkan kerja yang sir suruhkan tadi ye. Saya pergi dulu. Bye and assalamualaikum.” Baru aku nak pusing, lelaki tadi berkata sesuatu. Pergerakanku tebantut.
    I’m that person. For your information, I Megat Edrykarl Afeef, CEO of this company. So please do your work.” Giliran lelaki itu pula memperkenalkan dirinya. Figura lelaki itu berjalan menuju ke arah sofa dan merebahkan dirinya di situ, sambil tangannya menggosok-gosok perlahan dahinya yang kelihatan agak merah. Kuat sangat ke hentakan yang kena di dahi lelaki itu ataupun lelaki itu yang manja sangat?
    “Kenapa boss tak bagi tahu awal-awal? Baik boss! Saya pergi dulu” mana aku nak sorok muka sekarang ni? Malu!
    Aku hanya mencapai coffee 3 in 1 dan membancuhnya dengan air panas. Sungguh cepat dan senang. Rykarl masih berehat di dalam biliknya. Sakit kepala Rykarl pula 2 in 1 sebab yang pertamanya terlanggar pintu gara-gara PA barunyaa itu dan yang kedua pula, pening kepalanya memikirkan perangai pelik PAnya itu. Macam sehati sejiwa pula 2 orang ni.
    ‘Boleh harap ke perempuan tadi? Macam kolot je aku tengok. Menyesal pula aku tak pergi masa interview hari tu, kalau tak dah lama aku reject perempuan tu. Kali ni aku kena jadi boss yang tegas sedikit, baru dia dengar cakap aku. Melawan cakap pun boleh tahan tadi.’ Hati Rykarl berbisik sendirian.
    Setelah selesai menghantar apa yang diinginkan oleh bossnya, Reen terus keluar dari bilik itu.

    Lamunannya lenyap apabila ada sesuatu yang memaut kemas pinggang aku. Aku menoleh ke kiri dan seorang lelaki tua tersenyum miang ke arah aku. Aku menepis segera angan lelaki itu. Lelaki itu tetap tersenyum gatal walaupun muka aku merah padam menandakan yang aku tengah marah.
    “Pegang sikit je sayang, tak luak pun. You cantik sangatlah. Jom spend masa sekejap lepas ni.” Ujar lelaki tua itu. Dasar orang tua gatal! Nak saja aku menjerit memarahi lelaki tua bangka ni sekarang. Aku memang pantang kalau orang lelaki menyentuhku. Memandangkan semua masih menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap meeting yang sedang berlansung. Dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan meminta pertolongan dari bossnya yang sedang mencatat sesuatu di dalam iPad.
    Aku merentap kasar tangan aku yang dipegang oleh orang tua itu dibawah meja. Aku dah tak tahan. “Boss, tolong saya boss.” Aku berbisik perlahan di telinganya. Rykarl mengerutkan dahinya api masih kelihatan handsome. Aku dah nak menangis sebab geram yang tak dapat dilepaskan. Sudah berbakul cacian dalam hati ni.
    What's wrong with you? Jangan buat masalah sekarang ye.” Ayat itu ditaip di dalam iPaid.
    “Boss, orang sebelah saya ni asyik pegang saya dari tadi. Saya tak sukalah boss. Dia peluk pinggang saya tadi. Please do something to stop him do the nonsence things to me.” Aku memohon pertolongan dari boss.      
    What?!” mata Rykarl mencerlung tajam ke arah lelaki tua itu. Pada mulanya muka lelaki tua itu agak blur tetapi tak lama kemudian, dia tersenyum sinis. Mata Mr. Langal kembali melekat pada wajahku yang kelihatan keakutan. Memang aku takut dengan perlakuan miang orang tua bangka tu.
    “Tukar tempat duduk dengan aku sekarang” arah Mr. Langal kepada aku. Aku terus mengganguk laju. Mujurlah boss aku seorang yang melindungi, aku ingat pandai marah aku je. Apabila mereka berdua menukar tempat duduk, semua mata terarah kepada mereka. Rykarl segera bersuara.
    Sorry, my PA had a problem.” Ujar Rykarl. Aku hanya mendiamkan diri.
    “I cuit PA you je pun. You tak rugi apa-apa. Silap hari bulan kita boleh jadi rakan kongsi.” Kata lelaki tua itu yang dikenali sebagai Shauki. “I tak berminat langsung dengan tawaran you.” Balas Rykarl pedas.
    Akhirnya, mesyuarat itu berakhir selepas berlalunya tiga jam. Aku mengemas kertas-kertas dan dimasukkan ke dalam fail dengan tergesa-gesa. Perutnya dari tadi lagi memainkan pelbagai lagu. Dari lagu Melayu hinggalah lagu Korea. Mataku melilau-lilau mencari kelibat Mr. Langal. Bossnya sedang berjabat tangan dengan ahli mesyuarat yang lain. Ramai juga wanita-wanita menghulurkan kad kerja kepada bossnnya. Nak mengorat lah tu, tak ada benda lain.
    “Boss, saya turun dulu ye. Boss tunggu kat dalam kereta, saya nak pergi cafe dekat bawah sekejap. Laparlah lah. Bye!” tanpa menunggu jawapan Mr. Langal, kakiku dihala keluar dari bilik mesyuarat  dan menuju ke arah lif. Tak kuasa aku nak tunggu boss berbual dengan CEO Silver Diamond Holdings itu. Sebenarnya, aku ada perasan yang muka Mr. Langal agak pelik dan ingin bertanya tapi aku cepat-cepat melarikan diri. Nanti, tak pasal-pasal soalan yang keluar dari mulut Mr. Langal tu boleh kalahkan time interview nak masuk kerja.
    Sampai di depan cafe, tanpa membuang masa sedikit pun, aku terus masuk ke dalamnya. Of course lah terus masuk, tak kan nak jadi guard pula kan?
    Entah mana silap langkah aku, tiba-tiba aku terlanggar seorang waiter yang membawa sos cili, air coca cola, kicap dan nasi bubur. Apa lagi, benda-benda tu semua terjatuh and terkena pula pada sepasang kekasih yang sedang menjamu selera.
    Tadi mata aku asyik memandang ke arah dua orang kekasih ni lah, makan bersuap-suap, pegang tangan, kongsi air. So mata aku ni tak perasan yang ada waiter nak lalu, then mamat dan minah gatal ni pun mandi nasi bubur bersama air coca cola, yummy! Balasan untuk korang berdua sebab gatal sangat dengan orang yang bukan mahram. Siap panggil darling and sweet lagi, loya tekak aku!
    Muka lelaki dan perempuan itu merah padam. Marah! Argh, aku mulalah nak takut, gelabah wajib ada. Aku menjeling ke arah waiter itu, dia hanya menundukkan kepala, batang hidung waiter tu pun dah tak nampak sebab menunduk sangat.
    “Woi! Apahal dengan kau hah?! Kau nak suruh aku bagitahu pengurus kau and pecat kau? Macam tu?!” jerkah pemuda yang telah dicop gatal oleh aku sebentar tadi. 
    “Maafkan saya encik, saya tak bersalah. Cik ini yang bersalah. Dia yang melanggar saya tadi.” Ujar waiter itu.
    “Aikk, kau salahkan aku pula? Tapi kau salah jugak ye sebab kau tak bagi laluan dekat aku. Dan untuk you encik, maybe ni balasan dari Allah untuk korang berdua sebab berpegang tangan dengan orang yang bukan mahram. Saya hanya perantaran. Saya pergi dulu.” Selepas aku sekolahkan lelaki dan perempuan itu, aku ingin beredar, tapi nak larikan diri pun ada.
    “Hoi! Apa yang kau merepek hah?! aku dengan dia ni, suami isteri ye! Yang kau pandai-pandai tuduh yang bukan-bukan tu apa kes? Kau tahu tak fitnah tu dosa, perlu ke aku bagi hadis dekat kau? Kau memang nak kenakan.” Marah lelaki itu.
    Aku menelan air liur. Kesat. Hah, suami isteri? Asal diaorang tak bagitahu awal-awal? Mampus aku! ‘balasan untuk diaorang konon, padahal ujian unuk kau. Dah lah memandai-mandai pula kau nak jadi perantaraan.’ Sindir akal kepada tuannya sendiri. Aku terus berlari keluar cafe apabila lelaki itu berjalan menuju ke arahku. Aku bersembunyi di sebalik satu tiang, nasib baik lelaki yang baru ‘ditazkirahkan’ itu tak dapat menemuinya. Perutnya kembali berkeroncong.
    Tanpa disedari, Rykarl memerhati Reen yang tertoleh ke kiri kanan, mujur atas bawah si Reen ni tak pandang, kalau tak buat jatuh saham je.
    “Kau buat apa ni? Macam pencuri aku tengok.” Tegur Rykarl dengan kerutan di dahi yang menghantar 1001 persoalan. Amboi! Banyaknya soalan.
    “Shh! Saya tengah menyorok ni boss. Diamlah. Jomlah boss kita balik, seramlah saya duduk sini!” ajak aku sambil memandang wajah Mr. Langal yang semakin berkerut. Aduh, kenapa boss aku ni kacak sangat? Time dia blur pun handsome!
    “Seram? Ada hantu ke siang-siang macam ni, bukan malam lagi pun.” Ceh, Mr. Langal ni, hantu tu tak kira siang malam ye, hantu-hantu ni kerja 24 hours non-stop ok.
    Aku menepuk dahi apabila si boss aku ni tanya macam tu. Aku ceritakan dari A hinnga Z. Then boss aku apa lagi, bantai gelak je lah. Tapi... ini buat kali pertama kalinya aku melihat dia tertawa dan tersenyum. Wah, double triple lah kacaknya. Apabila Rykarl menyedari sikapnya itu, dia berdehem dan menayangkan muka serius kambali. “Kalau nama baik syarikat jatuh gara-gara kau tadi, siap kau!”
    Aku tak kisah dengan kata-katanya itu. “Boss comel sangat bila ketawa dan senyum macam tu.” Kataku perlahan.
    What?!” aku menggelabah, kenapa aku boleh berkata sedemikian?
    “Ohh, tak ada apa-apa lah” sanggah aku. Rykarl hanya dapat menahan tawa melihat telatah Reen. Confirm balik nanti dia gelak puas-puas.   

 

Friday 6 December 2013

bab 3

I'm Fall In Love with You?  IMPOSSIBLE!

BAB 3
    Ferarri Spider hitam laju membelah jalan raya masing-masing hanya diam membisu dan radio lah yang mengisi segenap ruang sekaligus mengurangkan kesuyian. Lagu yang dinyanyikan oleh Yong Hwa dan Juniel iaitu Fool yang berkumandang.  Boleh tahan jiwang juga ya boss aku ni.
    “Lepas beli selipar kat kau, kita terus Syarikat Silver Diamond. Aku tak nak terlambat, aku benci orang yang tak menepati masa. Clien dari Jepun akan ada kat sana, that’s why aku suruh kau bawak semua laporan-laporan yang penting untuk meeting tu nanti.” Terang Mr. Langal tanpa menoleh lansung wajah aku yang cantik jelita ni. Yang pasal masa tu, rasa macam kena atas batang hidung aku pula.
    Apa nak jadi dengan kau ni Reen?! Kalau dia pandang muka kau, nanti kau jangan tanya kenapa kereta ni kiss pembahagi jalan ye,sindir akal kepada tuannya. Mataku diarah untuk memandang wajah Rykarl. Ralat mataku menghayati ciptaan Allah yang satu ini.
    Wow, memang perfect plus excellent dia punya style, dengan rambutnya yang coklat pekat berjuntaian di dahi, keningnya yang lebat dan cantik terbentuk. Next, mata rykarl berwarna coklat cair dan memukau sesiapa yang bertentang mata dengannya. Bibirnya yang berwarna merah jambu menandakan yang lelaki ini tidak merokok dan diserlahkan pula dengan kulitnya yang putih. Fuh! Patutlah ramai perempuan yang gigit jari selama ni.
    “Qaireen, Qaireen, Reen!” aku yang sedang asyik menilik wajah boss tersentak apabila dipanggil.
    “Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?”
    “Aah...tak dengar kot, ada apa boss?” aku tayang muka serius sebab nak cover malu lah. Hope si Mr. Langal ni tak perasanyang aku ni tilik muka dia, kalau tak mesti kembang mamat ni!
    “Kau tengok apa tadi? Macam tak pernah tengok orang je. Aku tahu lah yang aku handsome tapi janganlah jakun sangat.” Habis lah aku, nak jawab apa ni? Mata aku ni pun satu hal, kenapalah tak pandai control sikit, bikin malu je. Ok, be selamba badak je.
    “Ya ampun boss, kesiannya. Ish, ish, ish, terdesak nk puji diri sendiri ke boss? Tak patut. Baiklah boss, saya tengok ni, saya tenung boss. Handsomenya, tak pernah lagi saya tengok orang sekacak boss. Artis korea memang kalah lama dah.” Kena satu das dua dari aku khas untuk boss ku yang tercinta. Erk! Tercinta apa? Terbenci adalah.
    What? Macam tu cara kau cakap dengan boss kau? How dare you. Sekali lagi kau cakap macam tu dengan aku, aku tak teragak-agak nak potong your salary!” ugut Rykal kepada PA nya, Reen.
    Akhirnya aku diam membisu dan melontar pandangan ke luar, baik tengok asap kereta dari tengok muka kacak boss aku yang garang tu.
    ‘Pandai pula budak ni diam. Ingatkan tak tahu nak senyap macam mana.’ Bisik hati kecil Rykarl.
    Kereta Rykarl membelok ke kiri dan memberhentikannya di hadapan sebuah kedai kasut yang mewah. Design-design kasut, selipar dan sandal dekat sini mesti mantap, kalau aku  beli kasut dekat sini, puasa seminggu aku gamaknya sebab mesti mahal-mahal  belaka harganya. Mr. Langal mengarahkan aku agar keluar dari kereta. Aku hanya mengekori dari belakang. Sebelum kakinya melangkah masuk, baik dia berterus-terang dulu dengan bossnya yang kerek dengan senyuman itu.
    “Boss, tunggu! Boss sebenarnya saya bukan kaya sangat nak beli kasut yang mewah-mewah macam ni. Kita cari kat kedai lain boleh tak boss?” tak sanggup aku nak pandang muka Mr. Langal yang sedang tenung aku semacam, tapi tak tahulah pula dia nak marah ke atau kesiankan aku. Macam mana aku boleh silap sarung kasut ye? Nasib malang kan.
    “Aku bawa kau datang beli kasut pun kira ok tau. Sekarang ni kau pula banyak bunyi. Ikut je lah.” Nada suara Mr. Langal agak meninggi.
    Gerun juga aku dibuatnya.
    Seorang pekerja tersenyum sambil menahan gelak apabila ternampak selipar yang tersarung di kaki aku. Tapi bila pekerja tu tengok si boss aku tu, boleh pula dia tersenyum manja, naik muak aku. Mr. Langal hanya tayang muka bosan apabila melihat pekerja itu.
    “You tolong carikan sandal or selipar yang sesuai dengannya.” Arah Rykarl kepada pekerja tersebut. Berdasarkan name tag yang dipakai oleh pekerja itu, gadis itu bernama Siti. Siti mengangguk-anggukkan kepalanya selepas menerima arahan Rykarl.
    “Puan nak kasut tumit tinggi atau sandal?” Siti yang sentiasa murah dengan senyuman itu bertanya kepadaku. Murah betul senyuman, tapi tu bukan senyuman, tu muka tahan gelak.
    “I nak sandal but simple design and tak nak yang terlalu over.” Malas aku nak pakai kasut tumit tinggi bagai, mesti harga meletop.
    “Ni puan.” Puan, si Siti ni panggil aku? Aku mana kahwin lagi lah! Jangan-jangan dia ingat Mr. Langal ni hubby aku. Oh no! Mintak simpang malaikat 44.
    Muka je terlebih handsome, tapi perangai dia dengan aku, fail! Aku ni macam kuli dia pula. Lepas satu persatu sandal yang dicuba di kaki aku, tapi tak ada satu pun yang dia berkenan. Aku boleh je yang mana-mana pun, asalkan murah.
    No!”
    Another
    “Macam nenek”
    Kepala digelengkan lagi buat kesekian kalinya. Semua kata-kata itu terbit dari mulut boss ketika aku mencuba setiap sandal yang dihulurkan oleh Siti. Kesabaran aku ada di peringkat paling rendah sekarang ni. Sepasang sandal lagi diberi kepada aku untuk dicuba. Ni sandal aku yang terakhir. Kalau Mr. Langal ni tak suka juga, memang nak kenalah jawabnya. Setelah sandal itu tersarung baik di kakiku, mataku memandang tepat ke arah boss. Bossnya sedang berfikir.
    “Ermm, tak sesuai.” Ringkas sahaja kata Mr. Langal. Kesabaran aku melayang.
    “Boss! Siapa nak beli sandal sekarang ni? Saya ke boss? Boss nak yang macam mana? Letihlah boss kalau macam ni. Dah masuk 12 kali saya try macam-macam jenis sandal. Boss nak suruh saya cuba kasut and selipar satu kedai ni ke? Boss nak yang mana satu ni?” geram dengan telatah pelik bossnya itu. Kalau boss dia ni budak kecil, memang dah lama kena luku dengannya.
    Actually dah ada yang aku berkenan, tapi I think maybe ada lagi yang better than that. Sebab tu aku suruh kau cuba yang lain tu. Aku tak kira pula berapa kali kau sarung selipar tu semua.” Dengan tenang sahaja Mr. Langal bercakap. Tapi tenang sikit hati aku sebab tak perlu lagi test pakai selipar lagi, aku ni tak ubah macam model selipar tahu tak?! Sabar je lah.
    “Ok, then yang mana satu paling ok di mata boss?” hanya senada sahaja aku bertanya. Dah bosan dan letih dengan perangai gila bossnya itu.
    “Yang first.’’ Mr. Langal berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Tak pandang langsung dekat aku. Wait, boss aku kata tadi yang first so maknanya, sandal yang pertama aku cubalah! Arghhh, sakitnya jiwa.
    “Hah?! So apa motif boss suruh saya jadi model selipar tadi? Kan senang hidup kalau boss bagi tahu yang fisrt is the best. Boss nak uji ke nk balas dendam sebab saya terlanggar boss semalam?!” aku membebel. Rasa nak cekik je muka Mr. Langal then letak dalam sarang tebuan. Ada juga manusia macam ni dalam dunia ni.
    Mr. Langal mengeluarkan credit card then bayarkan bagi pihak aku. Tercengang aku sekejap. Ni ape kes pula ni? Silap hari bulan, dia tuntut balik dari aku harga sandal ni. Kiranya sekarang ni aku berhutang dengan dia. Aku membelek harga sandal tersebut. Hendak terjolol keluar biji mata aku sebab harga yang tentera amatlah ‘murah’.
    RM 200.00! Tapi muka Mr. Langal macam bayar selipar jepun yang berharga RM 2.00 . Orang kaya katakan, RM 200 celah kuku je.
    “Boss punya kerjalah ni, kan saya dah kata jangan pergi kedai itu sebab harganya mahal-mahal belaka. Pokai saya nanti kena bayar hutang boss.” Aku menghentak-hentakkan kaki ketika berjalan menuju ke kereta.
    “Ada aku cakap kau berhutang dengan aku? Sekarang tolong senyap boleh tak? Dari tadi lagi membebel entah apa-apa.” Mr. Langal memandang sekejap ke arah aku then dia berjalan menonong ke depan dan meninggalkan aku yang terkulat-kulat di belakang.
   

Friday 29 November 2013

bab 2

I'm Fall In Love with You?  IMPOSSIBLE! 

BAB 2
     Aku tiba di pejabat tepat pukul 9:00 pagi. ‘Habis lah aku kena marah dengan Mr. Langal tu, huh!’ “Hai Reen, boss cari kau dari tadi lagi.” Sapa seorang pekerja di pejabat itu. ‘Hmm, aku dah agak.’ Sampai di depan pintu bilik Mr. Langal, aku mengetuk pintunya. Tok...tok...tok...
    “Masuk” kedengaran Mr. Langal memberi arahan untuk masuk. Aku masuk dengan perasaan debar yang mengetuk dada. “Oh Naira Nashifa Qaireen, rupanya awak sayang,” Mr. Langal berdiri dan terus menyapa aku dengan begitu lembut, gedik pun ada. ‘Kenapa dengan Mr. Langal ni, dah salah makan ubat ke?’
    “Kenapa sayang lambat?” Tanya Mr. Langal kepadaku dengan nada yang masih sama dan senyuman yang begitu menggoda. “Hmm..so..sorry b..boss, s..saya bangun lewat?” Aku memberi alasan dengan suara yang punya gagap, harap-harap lah Mr. Langal ni tak marah lah.
    “Suka hati mak bapak kau je kan nak bangun lewat. Dengan rambutnya tak berapa nak kemas! Ni, ni selipar trend apa kau pakai ni?! Mak bapak kau ajar kau pakai selipar macam ni hah?” Tengking Mr. Langal kepadaku sambil menghentak meja dan menunding jarinya ke seliparku.
Haa, ni baru Mr. Langal yang sebenar. Aku dengan pantas melihat seliparku. ‘Ha? Apasal lain sebelah ni? Aduh, malunya aku, mana aku nak sorok muka ni, eh cup-cup tadi dia ada sebut pasal mak bapak aku kan?’
    Hello Megat Edrykarl Afeef, boss tak tahu ke ni trend zaman sekarang? Dan boss jangan sebut pasal mak bapak saya, mak bapak saya dah meninggal. Hormat lah sikit. Now, turn aku pula yang yang sebut nama penuh dia.
    “Mak bapak kau dah meninggal? Oh, kesian!! Eh, aku tak kisahlah trend zaman sekarang ke apa ke” balas Mr. Langal. “Huh, ok saya mengaku yang saya terpakai selipar lain-lain sebab saya nak cepat-cepat tadi, habis tu boss nak saya buat apa?!” dengan berani aku membalas.
    “Aku nak kau tukar selipar kau sekarang!” Mr. Langal menunding jari ke arah pintu. “Boss, saya datang sini pun naik teksi! Mana ada kasut spare!” Aku berkata sambil memeluk tubuh.
    “Huh, habis tu tak kan kau nak bekerja pakai selipar ni?!”
    "Terpaksa lah, nak buat macam mana lagi?” Mr. Langal terdiam sebentar.
    “Kau tunggu kat luar, bagi aku 5 minit, selepas itu kite pergi beli kasut untuk kau!” aku termanggu. ‘What? Pergi shopping kasut dengan Mr. Langal. Oh no!’
    “Ha? Shopping kasut? Ala, tak boleh ke pakai macam ni jer, saya bukannya malu pun, saya ok je.” Aku cuba menolak untuk pergi shopping kasut dengan Rykarl ni.    
    “Eh, aku tak kisah pun kau malu ke tak, kalau boleh memang aku nak suruh kau pakai macam ni pun, tapi aku tak nak reputasi syarikat jatuh disebabkan selipar kau ni. Tengah hari nanti ada meeting dengan clien dari jepun so penampilan seorang PA mesti terjaga dan perfect. Dah aku tak nak dengar apa-apa lagi, tunggu kat luar.”
    Dengan perasaan yang terpaksa aku memusingkan badanku untuk keluar. 2 tapak aku melangkah, Mr. Langal bersuara “oh wait, berani kau lawan and tengking aku tadi kan? Tak hormat aku sebagai boss kau kan, sepatutnya aku pecat kau tau tak?”      
    “Sebab saya pantang ditengking! Oh kenapa tak pecat je?!” dengan berani aku membalas. Ish, lancang betul mulut aku, macam mana kalau dia betul-betul pecat aku, janganlah, mana pula aku nak cari kerja ni? Bulan ni pun aku tak bagi lagi duit kat nenek and atuk aku. Memanglah aku tak bagi lagi sebab hari ni baru second day aku kerja kat sini.
   “Erk...sebab sekarang ni susah nak cari pekerja! Dah keluar!” Aku terus melangkah keluar. “Fuh! Nasib baik tak kena pecat.”





bersambung.....

Wednesday 27 November 2013

bab 1




I'm Fall In Love with You?  IMPOSSIBLE!

BAB 1
    Bunyi gajah yang kuat menampar ke telinga aku. “Argh! Serabutnya kepala aku dengar bunyi gajah ni! Esok aku nak tukar bunyi katak lah pula, harap tak lah bising macam hari ni.” Aku segera mengambil telefon Samsung Ace ku dan terus mematikan alarm clock.
    “Ergh, malasnya nak mandi, malasnya nak pergi kerja and bab yang paling aku malas sekali nak menghadap muka Mr. Langal.” Mr. Langal? Hohoho, yes aku dah dapat gelaran yang paling tepat untuk boss ku yang TERsayang. Tanpa si Reen ni sedar tangannya menumbuk-numbuk bantal peluk miliknya. Maybe nak lepaskan geram kot.
    “Berlagak campur sengal jadi langal, hahaha.” Aku ni dah macam hantu langsuir yang tercekik kasut nike tiga pasang.
    “Woi! Kau nak jerit pun, agak-agak lah sikit, atau kau nak kejutkan jiran sebelah pagi-pagi yang tak berapa nak buta ni!?” Suara siapa lagi kalau tak bukan ‘mak nenek’ Farisya teman serumah Reen.
    Aku menekup mulut. Mataku melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. “Alamak, aku dah lewat lah!” Jam yang menunjukkan sudah pukul 7:30 pagi. Dengan pantas aku mencapai tuala yang tersidai di rak. Selesai mandi aku mengenakan baju kemeja lengan pendek bersama seluar slack mengikut potongan kaki.
    “Reen, aku pergi dulu lah, kau ambil teksi ye, aku dah lambat ni, tak pasal-pasal customer aku lari nanti. Bye!” Farisya merupakan seorang pembantu di sebuah kedai kek. “Ok,ok,ok!!” Dengan cemas aku membalas kata-kata Farisya.
    Aku mengangkat tudung saji, semug air milo sudah tersedia di atas meja. Hanya seteguk sahaja aku meminumnya. ‘Sedihnya, nak cicah biskut kering tak sempat.’
    Aku main hentam je selipar yang ada, asal muat dengan kaki aku sudah. Suka hati lah design macam mana pun selipar tu. Kakiku mengatur langkah laju ke perhentian bas.
    ‘Haa! Aku dah lambat gila ni, wajib aku kena sembur power dengan boss nanti.’ Aku mengerling lagi jam di tangan. Jam menunjukkan sudah pukul 8:10 pagi. Aku menerpa ke arah sebuah teksi yang berhenti di perhentian bas tersebut.
    “Pak cik! Jalan cepat, speed laju sikit ye. Saya dah lambat ni.” Aku menggesa pak cik driver tu dan tak semena-mena pak cik itu turut sama gelabah sepertinya.
    “Ok, ok, pak cik gerak sekarang.” Teksi tersebut memecut laju.
    “Eh, eh, eh. Pak cik tahu ke saya ni nak pergi mana? Nak hantar saya ke lombong ke?”
    Lupa pula pak cik nak tanya. Cik nak ke mana?” Macam bodoh pula pak cik bertanya. “Hantar saya ke A.I Holdings.
    “Ohh, A.I Holdings ni bangunannya yang tinggi, besar dan glamour tu ye?”
    ‘Ish, lembab betul pak cik ni, tak kan tak kenal kot A.I Holdings.’ Hahaha sempat lagi aku kutuk pak cik ni. “Ya pak cik, yang glamour-glamour tu, tak kan pak cik tak kenal kot, cepatlah pak cik, saya dah lambat ni.” Aku berkata dengan nada yang tergesa-gesa. “Ok, ok.” Haha, kesian pula aku tengok pak cik ni, dia pula yang gelabah daripada aku, sabar jelah.
    5 minit kemudian, “alah, trafic jam lah pula!” Aku semakin gelabah. “Ha...habis tu pak cik nak buat macam mana?”
    ‘Hish, pak cik ni oleh pula tanya nak buat macam mana.’ “Pak cik nak buat macam mana lagi, terpaksa lah tunggu" kata ku.





ada sambungannya....
sorry lah kawan-kawan semua kalau tidak memuaskan,...saya baru belajar dan cuba sedaya buat yang terbaik,...yang benar
HANA NARU